Hamas : “Donald Trump buka pintu neraka,”…

HAMAS menegaskan tindakan Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel membuka ‘pintu neraka’ terhadap kepentingan Amerika Syarikat di rantau itu.

Ismail Radwan

“Keputusan ini akan membuka pintu neraka terhadap kepentingan Amerika di rantau ini,” kata pegawai Hamas di Semenanjung Gaza, Ismail Radwan.

Sami Abu Zuhri

Pemimpin Hamas, Sami Abu Zuhri, berkata tindakan Trump itu tidak akan berjaya mengubah hakikat Baitulmaqdis berada dalam wilayah Arab.

Mahmud Abbas

Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mahmud Abbas, berkata Amerika kini tidak lagi boleh terbabit dalam rundingan damai.

“Tindakan tidak boleh diterima ini menjejaskan semua usaha damai,” katanya.

Donald Trump

Menurutnya, tindakan Trump itu adalah pengumuman Amerika menarik diri daripada terbabit dalam usaha damai Israel-Palestin yang ditajanya sejak beberapa dekad lalu.

Benjamin Netanyahu

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menganggap perubahan dasar Trump itu sebagai amat bersejarah.

Sumber : my Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *