Politik Archive

Ke Mana Hilangnya Ustaz Syamsul Debat Dalam PAU2017…Kena ‘Gam’ ke?…

Tanda tanya kehilangan Syamsul Amri Ismail atau ‘Syamsul Debat’ pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) terjawab apabila beliau memilih untuk memberi laluan kepada orang lain sebagai perwakilan tahun ini.

Syamsul Debat yang kini menghadiri program ceramah di Kota Tinggi, Johor memberitahu BH, ketiadaannya bukan disebabkan dihalang daripada hadir tetapi memilih untuk memberi laluan kepada perwakilan lain sebagai jurucakap Negeri Sembilan.

“Ada orang memuat naik status di Facebook kata saya kena banned (digam) daripada menjadi perwakilan.

Ustaz Syamsul Debat

“Itu tak betul sebab saya memang dipilih untuk berucap tahun ini tetapi mengambil keputusan memberi laluan kepada orang lain.

Ust. Syamsul Debat semasa berucap di PAU2016 mewakili UMNO Negeri Sembilan.

“Tidak timbul isu saya dihalang daripada berucap dan secara tidak langsung memberi saya kesempatan mencari material baru dan membaiki cara penyampaian sekiranya diberi peluang berucap pada perhimpunan tahun depan,” katanya.

Berdasarkan pemerhatiannya, Syamsul mendapati perbahasan tahun ini amat menarik kerana pembahas mengutarakan pelbagai isu yang dekat di hati rakyat.

Tahun lalu, gaya bersahaja Syamsul Debat yang mewakili Negeri Sembilan menarik perhatian selepas menegur perwakilan UMNO ketika membahaskan usul agama dan pendidikan hingga menggamatkan Dewan Merdeka.

Tonton Video :

Teguran dan nasihat disulami sindiran halus menggunakan loghat Negeri Sembilan, termasuk meniru gaya percakapan pelakon silam, Allahyarham Nordin Ahmad ketika menyentuh situasi ekonomi negara ketika ini, turut diingati hingga kini.

Malah, rakaman ucapannya pada perhimpunan itu menjadi viral di media sosial dan ditonton lebih satu juta kali di YouTube.

Tahun ini, Negeri Sembilan diwakili Mohd Syukri Shamsudin bagi membahaskan usul Agama dan Pendidikan.

Sumber Berita : BH Online
Sumber Video : Youtube UMNO Online

Wakil Umno Pulau Pinang tuntut isteri Apandi disiasat…

Cari sampai lubang cacing – itu tuntutan dan desakan seorang perwakilan Umno buat pihak berkuasa supaya mereka menyiasat pemilik portal berita The Malaysian Insight (TMI).

Portal The Malaysian Insight

Berucap semasa membahaskan usul pendidikan dan agama, wakil Pulau Pinang Mohd Nashrol Hisham Abdullah berkata TMI didakwanya giat menyerang kepimpinan Umno terutama presiden mereka, Datuk Seri Najib Razak.

Mohd Nashrol Hisham Abdullah

Memetik dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mohd Nashrol berkata TMI dimiliki Puan Sri Faridah Begum K A Abdul Kader.

Untuk rekod Faridah Begum ialah kakak kepada Ketua Pengarang TMI, Jahabar Saddiq, juga isteri kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

“Kami perwakilan mahu pihak berwajib siasat siapa Faridah Begum ni.

“Malaysian Insight (TMI) yang menyerang pemimpin kita, perdana menteri kita, presiden kita.

“Pihak berwajib jangan biarkan ini berlaku. Cari sampai lubang cacing,” katanya dengan penuh bersemangat di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun Mohd Nashrol tidak menyatakan dengan lebih lanjut kenyataan itu atau bagaimana TMI menyerang Najib dan Umno.

Umno mengadakan persidangan tahunannya mulai Khamis lalu dan bakal berakhir hari ini.

Semalam isu berkaitan TMI turut dibangkitkan. Perwakilan Johor, Haliza Abdullah, menceritakan bagaimana portal berita berkenaan – ketika itu dikenali sebagai The Malaysian Insider – disekat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Haliza juga menyebut beberapa portal lain termasuk Malaysiakini.

Daripada ucapan itu tidak dapat dipastikan sama ada dia menyarankan portal berita yang bersikap kritikal kepada pembangkang dikenakan tindakan oleh SKMM.

Mohd Nashrol berkata pihak berkuasa perlu bertindak dan jangan membiarkan TMI menghina pemimpin Umno.

Sementara itu Jahabar ketika dihubungi Malaysiakini enggan memberi sebarang komen. Portal ini turut cuba mendapatkan kenyataan daripada Apandi.

Sumber : Malaysiakini

[Video]…Azwan Ali dendam hilang “JOB” lepas bergambar sokong Azmin Ali…

SEMALAM muncul video pelakon dan pengacara Azwan Ali mengaku sanggup jadi “barua Umno” tanpa bayaran demi untuk jahanamkan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

Hari ini muncul pula gambar artis bermulut laser itu bersama Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Yunos (Jamal Jamban) di Perhimpunan Agung Umno 2017.

Azwan memberitahu wartawan dalam keadaan menangis sebak bahawa dia kehilangan banyak “job” dan turut diharamkan oleh RTM selepas gambarnya berdiri di belakang Azmin Ali dan bersama bendera-bendera pembangkang tersebar 5 tahun lalu.

“Ramai orang kutuk saya, mengapa saya bodoh pergi ambil gambar macam tu awak tu artis, berdiri belakang bendera-bendera pembangkang, masa itu disokong oleh PAS,”

Azwan Ali hadir ke penamaan calon PRU13

“Saya ingat lagi berjuta penyokong PAS di belakang saya, you imagine (bayangkan) lah saya dah rugi banyak, bertahun saya tak ada job kerana dia,” kata Azwan.

Katanya lagi itulah detik yang telah menimbulkan perasaan dendamnya terhadap Azmin Ali.

“Itu sahaja saya nak cakap antara detik yang benar-benar menyinggung dan saya berdendam dengan seorang yang bernama Azmin Ali, kau tunggu, it happen now!” Katanya.

Ini kata-kata garang Azwan Ali dalam videonya..

Sumber : milosuam
video : sinar harian

[Video]…Husam Musa : “PAS TERIMA LEBIH BESAR DARI 90JUTA”…BERCAKAP SELEPAS MELIHAT SENDIRI SUMBER MAKLUMAT…

***Ringkasan video, untuk menonton video sila scroll di bawah…***

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dalam ucapan, saya tak sebut jumlah. Kerana dalam fikiran saya, jumlahnya lebih besar dari 90juta. Saya hanya secara tegas menamakan nama Bank, iaitu Affin Bank.

Gambar Hiasan.

1. Dalam ucapan, saya tak sebut jumlah. Kerana dalam fikiran saya, jumlahnya lebih besar dari 90juta.

2. Saya hanya secara tegas menamakan nama Bank, iaitu Affin Bank.

3. Saya masih berpendirian mempertahankan kenyataan saya itu. Saya tidak berganjak kecuali berkenaan jumlah.

TERIKAT DENGAN AKTA WALAUPUN RAMAI INGIN TAHU

4. Sekarang kita terikat dengan adanya Akta Kewangan ataupun Bank dalam negara kita Walaupun ramai rakyat Malaysia dan ahli PAS ingin tahu.

5. Saya tidak bermain dengan kata2. Saya bercakap selepas saya melihat sumber maklumat tersebut dan pastikan ianya tepat dan benar.

6. Iaitu sejumlah wang telah disalurkan melalui Affin Bank kepada beberapa pihak yang berkaitan dengan kepimpinan PAS selain dari transaksi runcit lain yang disalurkan.

CADANGAN SAMAN SAYA SUDAH SUNYI

7. PAS pada mula telah beriya-iya menyaman saya. Pengerusi Lajnah undang2 PAS tekad untuk saman.

8. Saya berharap, walaupun saya tidak terlalu berani macam Rafizi atau orang lain, jika diizinkan dan proses mahkamah kompiten, Mahkamah boleh memerintahkan bank berkenaan untuk mendedahkan akaun.

9. Cara lain, PAS mesti berterus terang. Banyak cara PAS boleh tunjuk ketegasan termasuk mengadakan penyelidikan.

10. Presiden PAS mesti tunjukkan ketegasan, sampai hari ini tiada ketegasan. Bahkan Presiden PAS tidak banyak komen diberikan.

11. Cadangan untuk menyaman saya sudah sunyi. Saya tidak nak mencabar.

PENDEDAH RAFIZI BOLEH DIBUKTIKAN DI MAHKAMAH JIKA PAS SAMAN

12. Transaksi ini tidak boleh dipadam. Apa yang disebut oleh Rafizi adalah rentetan dari transaksi ini.

13. Sdr Rafizi telah membuat Pengakuan Bersumpah. Sehingga hari ini tidak dicabar oleh Nasaruddin Mat Isa atau pemimpin PAS yang lain.

14. Saya berpendapat (saya tidak peguam), ahli dan pimpinan PAS ada Locus Standi untuk saman Rafizi jika Nasaruddin keberatan kerana ini telah menjejaskan PAS.

15. Dengan itu, apa yang didakwa oleh Rafizi, boleh dibuktikan di Mahkamah. Tetapi semua orang dalam PAS tidak berminat.

16. Satu masa dulu, DS Najib saman PAS/Harakah atas dakwaan penyelewengan 1MDB. Termasuk yang disaman Dr Rosli Yaakob. Tengah jalan kes telah dipohon untuk selesai diluar mahkamah. Saya difahamkan Dr Rosli enggan. Kes ini belum diselesaikan.

17. Kenapa PAS setuju penyelesaian luar mahkamah? padahal kalau PAS tegas dalam penentangan terhadap penyelewengan 1MDB, sepatutnya dibiarkan kes ini dibicarakan di Mahkamah. Tidak perlu ada rundingan.

18. Yang menghairankan, PAS telah memilih untuk selesai luar mahkamah.

PAS BERTUKAR PENDIRIAN DENGAN KETARA TENTULAH ADA SEBAB

19. isu ini berkait. Isu yang sama. Wang dari 1MDB atau tidak. Digunakan untuk PAS menukar pendirian politik.

20. Jumlah tidak lagi penting. Yang penting adalah termasuk PAS sebagai sebuah parti Islam yang dulu lantang dan tegas, yang letakkan UMNO sebagai parti lawan yang tidak harus didekati, tiba2 PAS telah ambil pendekatan yang berbeza.

21. Ini patutnya timbulkan tanda tanya. Samada libatkan brainwash dari agensi seperti BTN yang letakkan ancaman DAP, CINA dan kaum lain sehingga tenggelamkan isu 1MDB dan Felda.

22. Peralihan pendirian politik yang sangat ketara atau sesetengah pemimpin PAS. Tidak semua yang sanggup dibeli sebab itu ada pandangan yang berbeza dalam isu 1MDB, isu kerjasama umno.

23. Kebelakangan ini, suara-suara ini pun sudah tidak kedengaran lagi. Suara Tuan Ibrahim kritik Felda dan 1MDB sekarang sudah tidak ada.

24. Mereka ada dalam keadaan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku kepada negara kita.

25. Sesuatu berlaku mesti ada sebab khasnya dalam politik.

Tonton Video :

(catatan admin dari video. Video Ehsan INVOKE)
Sumber : husammusa.com