Archive

Berang lengan anak berdarah, ibu serang dan tendang perut jururawat hamil 6 minggu

Seorang Pengarah Biro Pengurusan Perbandaran dipecat selepas isterinya bertindak menyerang jururawat yang cuba memberi rawatan kepada anak mereka, lapor Next Shark.

Dalam kejadian yang berlaku pada 8 Disember lalu di Hospital Rakyat Tongshan, Hubei, China, jururawat yang hanya dikenali sebagai Zhu, cuba memberi suntikan kepada kanak-kanak berusia empat tahun.

Malangnya keadaan menjadi tidak terkawal apabila kanak-kanak berkenaan tidak duduk diam, lalu Zhu terpaksa memintanya berhenti bergerak agar dia dapat memberi suntikan itu dengan baik.

Namun secara tiba-tiba kanak-kanak itu menjerit kesakitan ketika Zhu cuba mengeluarkan jarum itu, menyebabkan ibunya, Fang, 33, mula memarahi Zhu sebelum menolak dan menendang perut Zhu yang hamil enam minggu.

Tonton Video :

Berdasarkan video yang viral di media sosial, si ibu berkenaan dilihat menarik rambut Zhu dan rakan mangsa cuba menghalang wanita itu dari terus bertindak kasar.

Zhu kemudian terjatuh ke lantai dan menangis menahan kesakitan di perutnya.

Akibat dari kejadian itu, Zhu mengalami pendarahan dan dihantar ke Jabatan Obstetrik dan Ginekologi dan berkemungkinan besar mengalami keguguran.

Selepas kejadian itu, suami wanita berkenaan, Xu Lianglu, melawat mangsa di hospital dan mengakui isterinya panas baran dan Zhu yang bekerja sebagai kakitangan awam perlu bersabar dengan sikap isterinya.

Fang juga mendakwa, Zhu cuai dalam melakukan kerjanya sehingga menyebabkan lengan anak lelakinya berdarah ketika mencabut jarum berkenaan.

Ekoran kejadian itu, Kerajaan Daerah Tongshan telah memecat Xu dan isterinya telah ditahan polis dan didenda 500 yuan (RM308.50) serta ditahan selepas 12 hari.

Sumber : thereporter

MOTAC – “GST Umrah Berkuat Kuasa Hari Ini,”…

Kerajaan menerusi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (Motac) menguatkuasakan Integrated Manasik Monitoring System atau Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS), mulai hari ini.

Gambar Hiasan

IMAMS bukan dikendalikan oleh Motac, tetapi oleh sebuah syarikat swasta yang membuat cadangan kepada kementerian satu sistem yang boleh diguna pakai serentak dengan penguatkuasaan Lesen Khas Umrah (LKU).

Menerusi IMAMS, syarikat itu akan mengutip cukai barangan dan perkhidmatan (GST) RM5.10, selain bayaran tambahan RM45 untuk sistem dan pengurusan serta RM40 (insurans), daripada setiap umat Islam Malaysia yang hendak mengerjakan umrah.

Datuk Mas Ermieyati Samsudin

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, kerajaan bersetuju supaya kementerian mengguna pakai sistem pengurusan maklumat pemantauan bersepadu IMAMS, bagi pelaksanaan umrah dan ziarah.

Beliau mendakwa Kedutaan Arab Saudi di negara ini bersetuju menyokong usaha transformasi kementerian dalam pelaksanaan Lesen Khas Umrah (LKU), termasuk memberi hak eksklusif pemantauan visa umrah kepada kementerian melalui penggunaan IMAMS.

“Sehubungan itu, kementerian dengan ini mensyaratkan supaya semua syarikat pelancongan pengendali umrah yang dilesenkan LKU dan berstatus muasassah adalah diwajibkan mengguna pakai Sistem Pengurusan Maklumat Pemantauan Bersepadu IMAMS berkuat kuasa 15 Disember 2017,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam surat arahan bertarikh 8 Disember lalu yang dialamatkan kepada Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dan Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera (BUMITRA).

Katanya, penggunaan IMAMS selaras dengan peruntukan mengikut Peraturan 6(1)(n) Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan (Perniagaan Pengendalian Pelancongan dan Perniagaan Agensi Pengembaraan) 1992 di mana pemegang lesen hendaklah mematuhi apa-apa syarat lain sebagaimana yang ditetapkan pesuruhjaya dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, mengikut peruntukan itu, pemegang lesen berstatus muasassah hendaklah memastikan semua maklumat jemaah dan butiran pakej jemaah dimasukkan ke dalam apa-apa kaedah yang diarahkan oleh pesuruhjaya dari semasa ke semasa.

IMAMS pada awalnya dirancang dikuatkuasakan pada 1 November lalu, tetapi ditangguhkan berikutan bantahan daripada syarikat pengendali umrah dan ziarah.

Sumber : ismaweb

“Selepas Consult Dengan Doktor Dan Suggest Makan ‘Clomid’, Alhamdulillah Mengandung Lagi,”…Belle Al-Yahya…

Setiap pasangan yang baru berkahwin, pastinya mengharapkan kehadiran cahaya mata bagi menyerikan lagi rumahtangga. Ada yang mendapat zuriat awal dan ada juga yang lambat. Tetapi itu semua di atas rezeki Allah.

Selain berdoa dan meminta Allah memurahkan rezeki anak, suami isteri juga perlu berusaha untuk mendapatkannya. Apa yang penting adalah jangan berputus asa dan bersangka baik dengan ketentuanNya. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

SESETENGAH wanita dikurniakan rezeki mudah untuk mendapatkan zuriat dan ada yang sesetengahnya sukar dan perlu berjumpa dengan doktor untuk mencari jalan bagi mendapatkan zuriat. Bagaimanapun, itu semua rezeki yang ditentukan oleh Allah SWT.

Kita perlu bersyukur, tak kira apa pun rezeki kita. Untuk diri Belle, untuk mendapatkan zuriat kena berusaha lebih sikit.

Waktu pregnancy pertama, setelah tiga tahun berkahwin, jumpa doktor dan melakukan HSG Test (Alhamdulillah semua okay) dan selepas itu doktor suruh makan “Clomid”. Alhamdulillah selepas itu, terus mengandung Nabila Ammara.

Untuk pregnancy kedua pula, Belle try to conceive since Ammara sudah besar sikit (sebab memang nak anak lagi seorang dah alang-alang penat jaga anak, teruslah sekali. Bahahaha!). Tapi setelah setahun mencuba secara normal tanpa sebarang ubat, tak ada rezeki. Sebab itu consult dengan doktor dan doktor pun suggest makan “Clomid”.

Masa itu juga Carl ada makan madu apa entah. Alhamdulillah selepas itu terus mengandung. Jadi Belle cuma nak kongsi journey pregnancy pertama dan kedua memandangkan ada yang bertanya.

Setiap orang lain-lain, tak sama. Mungkin Belle berjaya mengandung dengan bantuan clomid. Kali ini pregnancy paling best sebab ada seri ummi! Tak lama selepas tahu Belle mengandung, Belle consume susu seri ummi. Alhamdulillah rasa loya awal-awal kehamilan itu tak ada dan tenaga pun lebih berbanding dengan pregnancy pertama.

Apa pun, bagi yang belum mendapat zuriat, jangan sesekali risau dan stress sebab setiap orang rezekinya tak sama. Ada yang cepat dan lambat. Yang penting kita berusaha dan jangan putus asa. InsyaAllah!

Mommies yang ada experience lebih kurang, bolehlah share. Sebab masa pregnancy dulu, Belle suka baca cerita pengalaman orang lain di internet.

P/S: Sesiapa yang mahu mengambil clomid kena consult dengan doktor terlebih dahulu tau.

Sumber : Belle Al-Yahya
Via : thereporter

Topi Keledar Tiruan : “SHOEI Jepun dah bersuara,”…

SYARIKAT pengeluar topi keledar antarabangsa, SHOEI Japan Co Ltd ‘mula bersuara’ berikutan penjualan topi keledar tiruan jenama itu yang berleluasa di negara ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan syarikat Sinar Puncak Sdn Berhad selaku pengedar topi keledar SHOEI di negara ini, penggunaan topi keledar tiruan jenama itu tidak selamat digunakan.

“Topi keledar dan visor adalah bahagian paling penting yang dititikberatkan oleh syarikat ini bagi melindungi keselamatan pengguna. Bagi penghasilan topi keledar yang berkualiti, pihak syarikat menghasilkan topi keledar yang mematuhi standard keselamatan antarabangsa serta diiktiraf oleh kebanyakan negara di seluruh dunia,” katanya.

Gambar Hiasan

Menurutnya, topi keledar tiruan yang menggunakan jenama SHOEI itu tidak melalui ujian keselamatan.

“Kami sudah menjalani ujian keselamatan terhadap topi keledar tiruan jenama SHOEI yang kami terima. Ternyata ciri-ciri keselamatan barang tiruan itu tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan hingga menyebabkan kerosakan sekali gus memberi kesan yang buruk kepada pemakai.

“Contohnya, visor mudah retak ketika berlaku kemalangan atau terkena batu kecil semasa perjalanan. Terbukti, topi keledar tiruan tidak kukuh dan tidak selamat digunakan,” katanya.

Melalui kenyataan itu, SHOEI menasihati orang ramai supaya tidak menggunakan barang tiruan kerana ia akan bahayakan keselamatan penunggang motosikal.

Jurucakap Sinar Puncak berkata, pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi menangani masalah berkenaan.

“Pihak syarikat bekerjasama dengan KPDNKK bagi menangani topi keledar tiruan jenama SHOEI itu,” katanya.

Sementara itu pemilik syarikat aksesori motosikal, Datuk Hafiz Mohammad atau Hafiz Mecinda berkata, kebanyakan topi keledar tiruan ini diseludup dari China dan tidak mengikut standard yang ditetapkan.

“Bahaya jika pengguna menggunakan topi keledar tiruan kerana kualitinya ternyata kurang. Misalnya spesifikasi seperti ‘foam’ atau kabus yang biasa tidak dapat melindungi bahagian kepala.

“Selain itu, topi keledar tulen ada jaring atau besi yang menyokong bahagian kepala pengguna bagi mengurangkan impak yang berlaku ketika kemalangan,” katanya.

Menurutnya, tali topi keledar tiruan juga tidak mempunyai kualiti yang baik selain tidak tahan lama.

“Tali topi keledar tiruan tidak kuat. Topi keledar digunakan untuk melindungi bahagian kepala daripada cedera ketika berlaku kemalangan. Orang ramai belilah yang tulen, bukan tiruan demi keselamatan,” katanya.

Sumber : my Metro

“Dia Sudah Buat Kerjanya Sebaik Mungkin,”…Pengurusan Fattah Tangkis Dakwaan Tak Profesional…

Tindakan Fattah Amin yang seperti mengelak bertemu Neelofa semalam dalam program Meletop benar-benar membuatkan peminat meletus dengan kemarahan. Ramai yang mengkritik dan mengecam tindakan Fattah itu sebagai tidak profesional.

Artikel Berkaitan : ‘Sekarang Dah Nampak Siapa Yang Pengecut Tu’- Fattah Amin Dikecam Hebat Elak Jumpa Neelofa?

Namun, pengurusan pelakon Suri Hati Mr Pilot ini tampil memberi kenyataan terbaru kepada Utusan Online. Agaknya kenapalah ya?

Memang kerana hal kecemasan

“Sebagai pengurus Fattah, soal profesional itu saya tahu dia sudah membuat kerjanya sebaik mungkin. Malah dalam hal ini pihak Astro sendiri yang patut keluarkan kenyataan.”

“Saya masih tidak dapat jelaskan apa yang berlaku semalam. Bagaimanapun satu mesyuarat dengan pihak Fattah akan berlangsung hari ini dan kami akan kongsikan kenyataannya lewat petang ini.”

Wakil pihak pengurusan Fattah, Fas Subari menegaskan pihak luar tidak patut membuat andaian sendiri. Dia menambah, artisnya itu terpaksa meninggalkan set memang kerana ada hal kecemasan.

Dikatakan terpaksa dikejar kerana mikrofon masih melekat pada badan

Dalam kejadian semalam, Fattah dikatakan terpaksa dikejar oleh krew produksi kerana mikrofon masih melekat pada badannya. Sebelum itu, Instagram rancangan hiburan itu menunjukkan Fattah sedang bersiap namun pos itu kemudiannya dipadamkan.

Sumber : Utusan Online
Via : OHBULAN