Archive

Pendedahan : “Ini Sebab Kenapa Jack Perlu Mati Sedangkan Kayu Tu Cukup Untuk Dua Orang Kot”…

Selepas 20 tahun menjadi fenomena dunia, filem Titanic arahan James Cameron masih meninggalkan kesan mendalam buat peminat-peminatnya.

Satu persoalan yang masih menjadi tanda tanya tentang filem ini adalah, mengapakah Jack (lakonan Leonardo DiCaprio) perlu mati dihujung filem berkenaan, sedangkan papan kayu yang dinaiki Rose sebenarnya cukup untuk dinaiki 2 orang?

Dalam satu sesi temubual oleh majalah Vanity Fair bersama pengarah filem tersebut, James Cameron menjelaskan mengapa Jack perlu mati pada babak berkenaan.

Menurut James, watak Jack perlu ditamatkan, dan jika tidak, filem Titanic tiada ertinya.

“Seandainya Jack hidup, filem ini tiada ertinya. Filem ini mengisahkan tentang kematian dan perpisahan, jadi Jack harus mati”, tambah James dalam temu bual tersebut.

Begitulah alasan mengapa Jack perlu mati, sedangkan papan kayu yang dinaiki Rose cukup untuk menampung 2 orang.

Ok…

Ceyhh ini je ke sebab kenapa Jack perlu mati dihujung filem Titanic?

Sumber: Vanity Fair / NY Daily News

HEBAT : “Jambatan Paling Gayat Kini Di Buka Untuk Kenderaan, Pergi KL 30 Minit Je”…[Video]…

Jalan Pintas Rawang-Serendah sepanjang 9 km telah dibuka untuk pengguna jalanraya ini mungkin akan membuatkan anda kecut perut.

Mana tidaknya, jalanraya jenis jambatan itu merupakan jambatan tertinggi di Malaysia dengan ketinggian atas tanah 58.2 meter.

Jalan Pintas Rawang ini akan memendekkan masa perjalanan ke Kuala Lumpur pada waktu puncak daripada 2 jam kepada 30 minit sahaja.

Tonton Video :

Ada sesiapa dah try jalan ni?

Sumber: Harian Metro / mStar

Skandal Lombong Pasir Haram : “Anak Saudara Menteri Besar Direman”…

Empat individu termasuk anak saudara kepada Menteri Besar direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kegiatan perlombongan pasir dan batu haram di Selangor pada 2014.

Perintah reman bermula hari ini hingga 6 Disember itu dikeluarkan Majistret Ainna Sherina Saipolamin di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Mereka yang direman membabitkan dua pengarah syarikat, seorang pekerja syarikat pengiklanan dan seorang pengurus tapak.

Kesemua mereka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang semalam di sekitar Kuala Lumpur bagi membantu siasatan terhadap aktiviti perlombongan pasir dan batu haram di Kajang pada 2014.

Difahamkan syarikat perlombongan itu dikatakan merasuah penguat kuasa tempatan supaya tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan terbabit.

Dalam operasi itu, SPRM turut membekukan beberapa akaun syarikat bernilai RM4 juta. Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Sumber : BH Online

Kes Bakar Tahfiz : “2 Beradik Dipenjara Angkara Ganja”…

Dua beradik yang ditahan berhubung kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, dihukum penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret Kanak-kanak di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah memasukkan ganja ke dalam badan.

Majistret Zilfinaz Abbas memerintahkan remaja berusia 16 dan 17 tahun itu, menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh mereka ditangkap pada 16 September lalu.

Mahkamah turut mengenakan bon RM5,000 setiap seorang tanpa cagaran dan diperintah melaporkan diri kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dua kali sebulan, selama dua tahun dengan ditemani ibu masing-masing.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa memasukkan ganja ke dalam badan di tandas pejabat D7, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, kira-kira jam 11.35 pagi, pada 16 September lalu.

Pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga maksimum dua tahun atau denda dan perintah pengawasan polis selama dua tahun.

PEGUAM Haijan Omar (kiri) yang mewakili dua beradik yang didakwa atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nordin Ismail dan Nurakmal Farhan Aziz, manakala peguam, Haijan Omar, mewakili tertuduh.

Sumber : BH Online