Archive

PPIM – “Konspirasi Jahat Bank , Peguam Dan Pemaju Perumahan.”…

KUALA LUMPUR: Beratus ribu pembeli rumah di seluruh negara menjadi mangsa penipuan bank dan pemaju membabitkan kerugian sekitar RM20 bilion dalam tempoh 2004 hingga 2011 dakwa Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Gambar Hiasan

Pemaju perumahan gagal menyiapkan 200,000 unit rumah yang berharga antara RM100,000 dan RM300,000 seunit dari 2004 hingga 2011, kata ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

Datuk Nadzim Johan

Dalam tempoh tujuh tahun itu Bank Negara membenarkan bank-bank tempatan memilih sendiri pemaju untuk membangunkan projek perumahan kos rendah dan sederhana di seluruh negara, tambahnya.

“Kerana karenah bank dan pemaju, rumah yang berharga RM100,000, pembeli terpaksa membayar hingga RM700,000. Pegawai bank khususnya peguam telah berpakat dengan pemaju untuk menganiayai pembeli.

“Ramai pembeli rumah yang tertipu datang mengadu kepsda kita (PPIM). Proses untuk mendapat pembelaan di tribunal perumahan atau melalui proses mahkamah sangat lambat.

“Ini menyebabkan mereka menjadi muflis. Malah bank yang menawarkan perbankan secara Islam juga terbabit dengan penipuan ini.

“Hanya Maybank yang tidak terbabit dengan kes ini,” kata beliau ketika ditemui di pejabatnya.

Nadzim berkata, pihak pemaju perumahan menggunakan pelbagai helah untuk menipu pembeli, seperti membina sebuah rumah contoh dan memasang papan tanda di atas tanah tertentu.

Menurutnya, apa yang berlaku adalah sebaliknya kerana tanah berkenaan bukan milik syarikat itu malah tidak diketahui pemiliknya.

Ia berlaku kerana Bank Negara tidak memantau pihak bank perdagangan yang melantik pemaju untuk melaksanakan projek perumahan.

Bagaimanapun, pada 2011 Bank Negara telah membatalkan kebenaran pemaju tidak berdaftar melaksanakan projek perumahan setelah mendapat aduan orang ramai.

Menurut Nadzim lagi, projek perumahan tergendala kerana bank hanya memberikan sebahagian jumlah pembiayaan kepada pemaju perumahan.

“Sebagai contoh jika rumah berharga RM300,000, bank hanya meluluskan pinjaman RM50,000 … bagaimanakah pemaju mahu menyiapkan projek mereka?

“Akhirnya pemaju cabut lari tetapi mereka sudah kutip wang pendahuluan daripada pembeli, kemudian nama pembeli disenaraihitam oleh bank atas alasan tidak bayar hutang.

“Atau bank bawa kes itu ke mahkamah untuk `mengbangkrapkan’ mereka. Dalam kes seperti ini ada pakatan antara peguam bank dan syarikat pemaju perumahan,” dakwa Nadzim.

Beliau menasihatkan pembeli rumah berhati-hati dengan permainan jahat pihak-pihak berkenaan yang semata-mata mencari keuntungan bertopengkan projek perumahan.

Sumber : antarapos.com

Bagaimana Memadam Mesej Whatsapp Yang Tersalah Hantar?…Ini Caranya…

WhatsApp telah menambah sokongan memadam mesej sejak daripada minggu lepas, dan kini kebanyakkan pengguna tempatan telah mula menerima sokongan berkenaan.

Melalui WhatsApp Messenger, ia memberikan kemudahan untuk pengguna memadam mesej yang telah diterbitkan dalam tempoh 7 minit sejak ia dihantar.

Untuk memadam mesej, anda hanya perlu tap pada sesuatu mesej, dan memilih ikon padam.

Seterusnya, anda boleh memilih sama ada “Delete For Me” atau “Delete for Everyone”.

“Delete For Me” hanya memadam mesej untuk paparan anda dan daripada peranti anda sahaja.

“Delete For Everyone” pula memadam mesej untuk paparan daripada para penerima mesej anda – sama ada pada Group mahupun secara perseorangan. Mesej yang dipadam akan digantikan dengan notifikasi mengatakan mesej berkenaan telah dipadam.

Bagi anda yang menggunakan WhatsApp, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan mencuba kemudahan untuk memadam mesej ini.

Sumber : amanz.my

TIADA LAGI ISTILAH ‘OTW’. WHATSAPP PERKENAL CIRI BARU UNTUK TAHU LOKASI RAKAN ANDA. INI CARANYA..

Tiada Lagi Istilah ‘OTW’. Whatsapp Perkenal Ciri Baru untuk Tahu Lokasi Rakan Anda. Ini Caranya..

WhatsApp baru saja memperkenalkan ciri terbarunya dengan live location. Ciri ini membuat penggunanya dapat memberitahu orang lain keadaan tempat dan lokasi sesungguhnya secara real time.

WhatsApp mengumumkan ciri live location di laman web rasmi mereka. Bagi mereka yang ingin menggunakan ciri live location, pengguna harus melakukan update aplikasi WhatsApp di gadgetnya terlebih dahulu.

Seterusnya, pengguna perlu membuka location option di bahagian attachment. Di situlah pengguna akan kelihatan ciri baru bernama share live location.

Ketika memilih option share live location, pengguna akan diminta menentukan berapa lama ciri live location dapat diakses oleh kawan atan individu lain, pilihannya adalah 15 minit, satu jam, dan lapan jam.

Setelah waktu tersebut ditetapkan, posisi pengguna akan muncul di map secara real time. Pergerakan pengguna pun akan dapat dilihat oleh individu lain yang sedang chat.

Ianya tidak hanya dapat digunakan di chat individu, pengguna juga dapat membagikan live location di grup. Anggota grup pun dapat memantau pergerakan beberapa anggota lainnya sekaligus dalam satu peta. Dengan begitu, anggota grup dapat saling memantau ke mana pengguna lainnya bergerak.

Ataupun pengguna boleh mengikut cara mudah di bawah ini untuk menggunakan ciri terbaru itu.

Buka mesej dengan orang atau orang yang anda mahu berkongsi lokasi anda.

Tekan butang tambah di sudut kanan bawah dan pilih lokasi.

Akan ada pilihan baru di sini untuk,

“Share Live Location”

Pilih berapa lama anda ingin berkongsi lokasi,

Tekan ‘Send’

Real Live Location akan muncul di skrin penerima sebagai peta
Lebih daripada seorang dalam kumpulan boleh berkongsi lokasi mereka dan semua akan muncul sebagai ikon pada peta

Sekarang, dengan adanya ciri terbaru whatsapp ini tiada lagi alasan ‘tengah otw’ padahal masih lagi baring-baring di katil.

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat.

Sumber: brilio.net

[Video]…Bajet 2018 – “Mana janji Bandaraya Getah?”…

KUALA NERANG – Pembentangan Belanjawan 2018 diumumkan oleh perdana menteri Jumaat lalu mengingatkan kembali janji kerajaan bagi membina Bandaraya Getah di daerah ini.

Rata-rata penduduk Padang Terap, di sini menunggu janji dibuat kerajaan pada Belanjawan 2016 lalu yang sehingga kini masih lagi belum ditepati.

Penoreh getah di Padang Terap berharap Bandaraya Getah dapat meningkatkan pendapatan mereka dan menjadi kenyataan.

Mahmud Hassan, 62, berkata, penduduk kecewa apabila janji kerajaan untuk menjadikan daerah Padang Terap di Bukit Ketapang sebagai Bandaraya Getah masih lagi belum terlaksana.

Menurutnya, selepas perdana menteri mengumumkan pada Bajet 2016 lalu, penduduk Padang Terap gembira tetapi kini seolah-olah hanya tinggal angan-angan sahaja.

“Sehingga kini, masih belum ada sebarang pembinaan dibuat di ladang Bukit Ketapang seluas 0.6 hektar yang dijanjikan untuk dijadikan Bandaraya Getah,” katanya.

Mahmud berkata, difahamkan kerajaan pusat memperuntukkan RM320 juta bagi pembinaan itu.

Mahmud

“Penduduk mahu tahu sejauh mana pelaksanaan dilakukan tetapi kerajaan negeri hanya berdiam diri sahaja.

“Projek itu bakal jadi mercu tanda di sini dan kerajaan perlu beri penerangan kepada penduduk sejauh mana kejayaan dicapai sehingga hari ini,” katanya.

Malah katanya, penduduk di Padang Terap juga berharap Belanjawan 2016 lalu bukan hanya sekadar gula-gula sahaja untuk memberi kegembiraan kepada mereka di situ.

Hashim Awang, 58, berkata, penduduk di Padang Terap sentiasa mengikuti perkembangan cadangan pembinaan Bandaraya Getah itu.

Menurutnya, selepas Belanjawan 2016 lalu, penduduk gembira apabila Perdana Menteri menyatakan khabar baik itu tetapi kini mereka kecewa apabila tidak ada sebarang pembangunan dilakukan.

“Penduduk harap ia akan jadi kenyataan kerana dapat meningkatkan pendapatan penoreh getah di situ.

“Ini mampu dilakukan apabila pelbagai industri huluan dan hiliran turut dirancang di kawasan perindustrian teknologi tinggi itu,” katanya.

Tambahnya, Bandaraya Getah itu juga merupakan Akujanji BN pada PRU lalu dan jika kerajaan gagal melaksanakannya, sudah pasti akan memberi kesan nanti.

“Kami harap Belanjawan 2016 lalu bukanlah gula-gula untuk beri kegemberian kepada penduduk di sini,” katanya.

Tonton Video : “BAJET 2016- PROJEK BANDARAYA GETAH LONJAK PERTUMBUHAN EKONOMI KEDAH- MB [26 OKT 2015]”…

Sumber : Sinar Online

Asia Got Talent : Peserta Ni Memang Menakutkan Hingga Gambar Yang Diambil Guna Polaroid Ada..

Asia Got Talent adalah satu program realiti yang mencari apa saja bakat yang luar biasa.

Sumber : FB @asiagottalent

Asia Got Talent adalah rancangan realiti yang mencari apa sahaja bakat yang luar biasa tak kisahlah menyanyi ke, menari ke atau lakukan magik!

Seorang gadis dari Indonesia, yang dikenali sebagai Riana menakutkan semua juri apabila melakukan satu aksi silap mata yang agak mengerikan hingga Anggun cuba melarikan diri. Tapi apa yang lebih mengejutkan apabila ada sesuatu pada gambar Anggun yang diambil menggunakan polaroid.

Tonton Video :

Sumber : Youtube