Archive

Penting..Tatacara agihan daging korban…

Bagaimana tatacara agihan daging korban?

Terdapat pelbagai cara dalam agihan daging korban sebagaimana amalan masyarakat kita. Ada sistem angka 3,2, dan 1. Angka ini bermaksud tiga kilogram daging, dua tulang dan satu organ diagihkan kepada setiap peserta korban. Selebihnya diagihkan kepada golongan fakir miskin. Ada juga sistem 212 iaitu dua kilogram daging, satu organ dan dua tulang diberikan kepada peserta. Ada sistem agihan daging korban berdasarkan permintaan peserta korban. Contohnya apakah yang peserta korban ingin ambil daripada haiwan yang dikorbankan. Mungkin ada yang ingin mengambil 2/3 daging manakala 1/3 diagihkan kepada fakir miskin. Mungkin ada peserta korban meminta kepala haiwan korban.

Perbezaan sistem agihan ini tidaklah menjadi isu syariah selagi mana syarat wajib dalam agihan dipatuhi. Antara syarat wajibnya ialah agihan daging korban mentah kepada fakir miskin. Kadarnya tidak ditetapkan. Sedikit pun boleh, banyak pun boleh. Contohnya satu bahagian daging lembu ialah 10 kilogram. Peserta hendaklah bersedekah daging korban mentah. Mungkin 1 kilogram, 2 kilogram, 7 kilogram dan sebagainya. Daging yang lebih boleh dihadiahkan, dimasak makan dan sebagainya.

Dalam isu sistem agihan daging korban, perbincangan hendaklah diadakan antara pihak pengurusan masjid dan juga surau dengan peserta ibadat korban.

Wakil rakyat memberi seekor lembu kepada setiap surau di kawasan kami sempena hari raya korban. Adakah lembu ini dikira lembu korban atau sekadar sembelih untuk makan sahaja?

Ibadat korban dilakukan oleh insan Muslim. Maka peserta ibadat korban mestilah manusia dan Muslim.

Apabila seorang wakil rakyat memberi lembu kepada setiap surau dan masjid dalam kawasannya, kemungkinan ia lembu untuk ibadat korban. Mungkin juga sekadar untuk makan-makan sahaja. Maka pihak penerima lembu iaitu jawatankuasa masjid dan surau hendaklah bertanya kepada wakil rakyat sama ada lembu ini lembu untuk ibadat korban atau bukan ibadat korban.

Ini berbeza dengan pemberian lembu kerajaan. Kerajaan bukan manusia. Ibadat korban dilakukan oleh manusia, bukan kerajaan. Jika pemberian lembu daripada kerajaan maka ia adalah lembu pemberian. Ia bukan lembu untuk ibadat korban. Setakat ini, saya tidak memahami bagaimana lembu pemberian kerajaan adalah lembu korban. Maka lembu sebegini tidak tertakluk kepada syarat ibadat korban. Justeru itu, lembu ini boleh dimasak semuanya untuk dimakan oleh penduduk kawasan.

Namun jika lembu pemberian adalah bagi pihak Menteri Besar, maka peserta korban adalah Menteri Besar. Jika lembu pemberian 1,000 ekor, maka Menteri Besar melakukan ibadat korban sebanyak 1000 ekor lembu.

Apa yang wajar dilakukan oleh pihak berkuasa, syarikat swasta dan entiti atau badan tertentu ialah memberikan haiwan kepada pihak masjid dan surau. Haiwan pemberian ini diuruskan oleh pihak berkenaan.

Pihak masjid atau surau menawarkan haiwan ini untuk korban dengan harga yang lebih murah. Contohnya seekor kambing harga pasaran ialah RM600. Pihak berkenaan menjual kambing ini dengan harga RM400.

Begitu juga dengan satu bahagian lembu sekitar RM550. Ia ditawarkan satu bahagian dengan kadar RM300. Dengan ini, lebih ramai umat Islam dapat melakukan ibadat korban.

Sepatutnya Yusuf tak ikut pergi Maldives, Hanis Zalikha akui mahu berdua dengan Hairul

PELAKON Hanis Zalikha mendedahkan sepatutnya percutian ke Maldives baru-baru ini ‘romantic getaway’ antara dia dan suaminya, Hairul Azreen sahaja.

Menerusi akaun Instagram, Hanis memberitahu percutian romantik itu dirancang selepas dia berasakan sudah lama tidak bercuti bersama Hairul, lebih-lebih lagi suaminya sibuk dengan latihan untuk filem terbaharu.

Ia bermula selepas dia berkongsi gambar-gambar percutian kepada Hairul yang ketika itu sedang menjalani latihan untuk sebuah filem.

Bagaimanapun menurutnya Maldives tidak termasuk dalam senarai destinasi percutian mereka, sehinggalah Hanis terjumpa mengenai resort yang mereka diami itu.

Sehari sebelum perjalanan, Hanis memberitahu tiba-tiba dia terfikir alangkah seronok jika satu-satu anaknya, Yusuf ikut sekali. Hairul pula kemudian menyokong isterinya untuk membawa anaknya bersama.

Bimbang teringat-ingatkan anaknya nanti bila di sana, mereka pun bersetuju membawa Yusuf memandangkan puteranya itu sukakan laut.

Mereka pun gembira apabila ia akhirnya menjadi keputusan terbaik dan percutian mereka lebih bermakna bila membawa Yusuf bersama.

Trip ke Maldives ni sebenarnya sangat last minute. Selama suami sibuk training untuk filem dia, kita ni sibuklah forward gambar percutian kat dia (ingat korang je tag2 bf / suami kat gambar cecantik ke ๐Ÿ˜‚). Tapi Maldives langsung takde dalam list sampailah Keknis nampak pasal resort ni dekat travel guide. Last kitorang bercuti romantik berdua entah bila. So sepatutnya ini jadi romantic getaway kami yang betul-betul. Sepatutnya Yusuf tak ikut. Our family was so ready to have him for a week ๐Ÿ˜‚ / Sehari sebelum pergi, kami duduk berdua plan perjalanan. Tiba-tiba terpacul "kan best kalau Yusuf ikut". (Eh tapi lari dari motif asal). "Okay okay saje je cakap" – nervous takut suami bising lol. Pastu dia sambut "kalau ayang dah sebut camtu baik bawak je dia. Nanti asyik teringat je". It's true T_T Yusuf kan suka laut & pantai & aktiviti air & alam sekitar, risau kang setiap sudut terkenang dan bergenang lololol. / Dan kami pun bawak. Dan Yusuf pun ikut. Dan ia adalah keputusan terbaik yang pernah dibuat. A traveller friend of mine selalu cakap, bawak anak kecik ni bukan untuk memori dia. Dia tak ingat pun. Tapi untuk memori kita sebagai husband and wife. Bercuti dengan anak kecik, apa kenangan yang tercipta. / We love you so much Yusuf. Couldn't have imagined what this beach getaway would be like without you and your tummy ke depan ke hulu ke hilir. And to my dear husband, insisting to bring Yusuf along was one of the most romantic thing you have ever done. / (We'll get to that romantic getaway soon okay ๐Ÿ˜˜)

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

Fakta : Tips elak mabuk laut…..

Memang seronok dan teruja bila melihat geng kaki pancing menaikkan ikan tenggiri, jenahak, merah, atau kerapu di laut dalam. Tambah pula bila mendengar cerita diorang bergasak dan bertarung dengan ikan. Rasanya memang rugi sangat sebab tak join diorang.

Tetapi bila mana mengenangkan bakal berhadapan dengan MABUK LAUT hingga ke tahap muntah hijau, terpaksalah lupakan semua keseronokan dan keterujaan itu. Sekiranya anda berhadapan dengan masalah ini, mungkin beberapa petua di bawah boleh diamalkan bagi berhadapan dengan situasi bakal mabuk laut.

1. AMBIL PIL CEGAH MABUK

Walaupun sesetengah orang berpendapat jangan biasakan diri memakan ubat, tetapi daripada mabuk hingga tak boleh nak memancing, lebih baik makan ubat. Dan pastikan ubat dimakan sekurang-kurangnya satu sebelum menaiki bot, bukannya rasa nak mabuk baru cari ubat.

2. PILIH POSISI TERBAIK

Semasa bot bertolak, ada baiknya anda berada di posisi menghadap laut sambil menghirup udara segar. Jangan duduk secara mengiring atau banyak berbual, kerana ia membuatkan fikiran anda tidak fokus. paling penting jangan duduk di bahagian belakang bot yang menyebabkan anda terpaksa menghidu asap dan bau minyak diesel.

3. JANGAN LAKUKAN KERJA TEKNIKAL

Ini khusus untuk mereka yang belum biasa berada di laut. Jangan lakukan kerja memasang mata kail, membuat perambut di atas bot atau membuat sambungan tali. Kerja-kerja teknikal ini ada baiknya anda sediakan sebelum bertolak.

4. JANGAN MAKAN BANYAK SEBELUM BERTOLAK

Perut yang terlalu kenyang sebelum menaiki bot akan menyebabkan proses penghadaman tidak berlaku dengan betul. Akibatnya memang akan cepat mual dan boleh muntah serta-merta sebaik sahaja berlepas dari jeti. Sebaiknya alas perut sahaja sudah mencukupi.

5. CUBA DAN BIASAKAN IKUT TRIP PENDEK

Jika berhasrat pergi memancing ke laut dalam (trip 2-3 hari) cuba dahulu trip pendek seperti mencandat sotong atau memancing di perairan yang tidak jauh dari pantai. Cara ini mampu membiasakan diri anda berhadapan dengan alun dan ombak.

6. SEDIAKAN UBAT-UBATAN RINGKAS

Untuk mengelak rasa loya, air liur terasa pahit, ada baiknya anda membawa air yang masam seperti jus oren, gula-gula berangin atau makanan jenis asam. Jangan dilupakan minyak angin atau balm yang boleh anda sapukan pada bahagian tengkuk, leher, dahi atau sekitar lubang hidung.

7. JANGAN MEMANDANG OMBAK SECARA FOKUS

Bila berada di atas bot, elakkan mata tertumpu pada alunan ombak. Sebaiknya biarkan mata anda memandang jauh ke hadapan.

8. REHAT DENGAN CUKUP

Pastikan anda cukup tidur! Inilah sebenarnya punca utama mabuk laut. Pastikan waktu tidur anda mencukupi sebagaimana malam-malam sebelumnya. Sekiranya anda biasa tidur 6 jam, pastikan ia cukup 6 jam. Lakukanlah apa cara sekali pun untuk dapatkan waktu tidur yang sempurna.

KAREENA KAPOOR BANGGA DAPAT ANAK PALING TAMPAN, TAIMUR ALI KHAN

Ibu mana yang tidak gembira kalau anaknya menjadi kegemaran orang ramai.

Begitulah beruntung badan Kareena Kapoor kerana memiliki anak lelaki Taimur Ali Khan Pataudi yang sememangnya sangat comel dan lebih jelas lagi mempunyai ketampanan yang terserlah walaupun masih lagi bayi.

Walaupun sering menjadi buruan para peminat untuk melihat Taimur, Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan tidak lokek berkongsi gambar anak mereka di sosial media.

#familytime ๐Ÿ’•

A post shared by Kareena Kapoor Khan (@therealkareenakapoor) on

๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž

A post shared by Kareena Kapoor Khan (@therealkareenakapoor) on

Setiap kali gambar Taimur dimuatnaik pasti mendapat like paling tertinggi berbanding gambar-gambar yang lain. Dalam satu temu bual Kareena sendiri mengaku bangga dengan anaknya.

โ€œSaya bangga dengan Taimur bukan kerana dia anak saya tetapi dia memang anak yang sangat tampan. Dia mewarisi keturunan sebelah bapanya,โ€

๐Ÿ’•๐Ÿ’•

A post shared by Kareena Kapoor Khan (@therealkareenakapoor) on

๐Ÿ‘ถ

A post shared by Kareena Kapoor Khan (@therealkareenakapoor) on

Setiap kali bercakap mengenai anakya, Kareena mesti memuji โ€˜ketampananโ€™ Taimur dan dia menggelar si kecil itu sebagai anak paling cantik ciptaan Tuhan.

#familylove ๐Ÿ’•

A post shared by Kareena Kapoor Khan (@therealkareenakapoor) on

Boleh dikatakan inilah keluarga Bollywood paling cantik dari mak cik (Karisma Kapoor), ibu (Kareena Kapoor) dan bapa (Saif Ali Khan) sehinggalah kepada si kecil Taimur Ali Khan Pataudi.

CERITA BAGAIMANA SEORANG SAINTIS JEPUN YANG MEMELUK ISLAM KERANA SATU AYAT

Bertemu Dr Atsushi Kamal Okuda, Profesor Sistem Politik di Keio University โ€“ seorang saintis, pendidik dan pendakwah Muslim dari Jepun.

Kita sering mendengar daripada orang-orang yang anti-agama kenyataan bahawa mereka hanya memerlukan sains dan Tuhan dan agama hanyalah satu mitos yang tidak disokong dengan bukti.

Namun, saintis seperti Dr. Okuda mempunyai pandangan berbeza ketika beliau menjalani kehidupan tanpa Tuhan dalam kehidupannya kepada kehidupan di mana beliau tidak dapat hidup tanpa bimbingan Tuhan.

Sebelum Islam, Dr. Okuda menceritakan bahawa hidupnya adalah tidak bermoral dan kurang pengetahuan mengenai tujuan kehidupan sebenar. Beliau berkata:

โ€œSebelum Islam hidup saya adalah gasar. Sangat gasar! Jahil. Saya tidak tahu kebenarannya! โ€

Beliau melakukan perjalanan mencari kebenaran, berjuang dengan pertempuran akademik yang panjang dengan pelbagai agama. Sehingga beliau mencapai Islam dan memutuskan untuk mengkaji dengan teliti.

Ketika tahun keenam kolejnya, beliau menunjukkan minat terhadap undang-undang Islam. Suatu hari ketika beliau berjalan, beliau menemui satu kertas penyelidikan di mana matanya tertumpu kepada satu ayat, satu ayat dari al-Quran yang mengubah hidupnya selamanya.

Ayat itu adalah tentang bagaimana Allah menciptakan manusia dari tanah liat. Salah satu ayat yang disebutkan di dalam surah ke 15, ayat 26 di mana Allah berfirman:

ูˆู„ู‚ุฏ ุฎู„ู‚ู†ุง ุงู„ุฅู†ุณุงู† ู…ู† ุตู„ุตุงู„ ู…ู† ุญู…ุฅ ู…ุณู†ูˆู†

โ€œDan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk.โ€

Ketika beliau meneruskan siasatan fakta tentang Islam, beliau memutuskan untuk berpindah ke Aleppo, Syria untuk meneruskan pengajiannya dan juga mempelajari bahasa Arab. Kegembiraan dan kelegaannya menjadi seorang Muslim adalah satu rahmat yang tidak ada tandingan dengan yang lain dalam hidupnya. Beliau berkata:

โ€œPada ketika itu! Saya masuk Islam. Saya percaya bahawa ini adalah hadiah terbesar dari Allah dalam hidup saya! โ€œ.

Hari ini, Dr. Okuda menjadi inspirasi. Beliau menjadi role model bukan hanya kepada Muslim Jepun tetapi bagi semua orang di seluruh dunia tentang apa yang perlu dilakukan setelah mendapat kebenaran untuk diri mereka. Beliau bekerja keras untuk berkongsi hadiah Islam dengan orang lain.

Beliau berusaha dengan penuh semangat dengan rakan-rakannya di Jepun untuk menyebarkan mesej Islam di Jepun seperti yang beliau percaya โ€“ untuk menyelamatkan negara Jepun dari kehidupan tanpa Allah.

Marilah kita meminta kepada Allah untuk terus memberkati saudara Dr Kamal Okuda dan semoga Allah memberi banyak lagi petunjuk tentang Islam.